Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Wednesday, May 12, 2010

aku ke yang bersalah???

Pada malam itu, ibu bapa saya tiada di rumah. Saya tinggal di rumah seorang diri. Saya berasa sangat takut.
Tiba-tiba, saya mendegar suara orang menetok pintu. Saya sangat takut. Saya pun membuka pintu. Tiba-tiba saya terlihat seekor seorang seekor hantu. Hantu itu memandang saya. Saya sangat takut, lalu menutup pintu.
Selepas itu pintu saya diketuk lagi. Saya lagi takut. Saya pergi buka pintu. Hantu tadi masih ada di situ. Hantu itu memandang saya. Saya sangat takut lalu menutup pintu.
Selepas itu pintu saya diketuk lagi. Saya sangat takut, lalu saya pergi buka pintu. (Hantu itu sangat takut). Saya pun menutup pintu. Kerana saya sangat takut.
Selepas itu ibu bapa saya balik. Hantu itu sudah tiada. Saya sangat gembira. Ibu saya memeluk saya. Dia sangat gembira. Hantu itu gembira jugak kah?

Jumpa cikgu!


*sila klik untuk paparan lebih meluas*

notakaki: aishhhh~adik sape punya kerja la ni..isk3~nak tergelak pun ada bila aku baca karangan kat atas tue. Kalau aku balik rumah mak je mesti ada menda "pelik2" terjadi kat budak dua orang tue.Bila ditanya kenapa buat karangan cincai je.?? Jawapannya pun mudah saje "nak cepat2 siapkan kerja sekolah, nanti boleh jalan2 ngan angah (aku la tue)". Bila cikgu dah pulangkan balik homework si kak bab ni, pandai pulak nak susah2 hati takut kena+marah ngan cikgu dia. Apa nak jadi ngan peminat fanatik adik2 aku ni??~isk3--->geleng kepla laju2 (=,=") . Anyway.............

AKU KE YANG BERSALAH????


Sunday, May 9, 2010

tata semua.....

saat ini...aku dalam perjalanan pulang ke rumah mak.....tetiba aje rasa syahdu nak tinggalkan bilik aku yang mewah ni...rasa sedih jugak nak berjauhan dengan USM yang terchenta ini...nampak padang USM yang luas terbentang saujana mata memandang tue pun aku da scrotttt scretttt tarik tisu kesat hingus (aku reka je)~lalalalala (T__T)

Malas nak cakap panjang2 lagi..aku cuma nak ucapkan
"SELAMAT TINGGAL USM..BYE2 PENANG"

jangan la sedih2 bila aku dah tak ada kat sini lagi..aku cuma balik umah mak je...jangan riso..aku bukan nak lari ke Lombok pun....doakan aku selamat sampai umah ye~tata USM...
kereta kuda aku dah siap sedia menuggu aku kat luar hostel...

bulan 8 ni aku balik untuk konvo pulak...hehehehe~jangan ada rasa rindu ngan aku taw....

kat bawah ni haaa....
saje aku tayang muka bahagia nak balik umah mak...lalalala


contest SENYUMAN PALING MENAWAN~

First2 aku kena tag tuk contest ni oleh gmah..hari ni pulak kena paksa rela jugak buat entri tuk contest ni oleh mawaddah..yelah...~tadi aku tag dia n dia da selesaikan tag aku tue dengan setangkas kilat..so sekarang turn aku pulak nak kena menjawab tag dia..alooohaiiii~segan wehhh laaa nak masuk contest ni hahahaha~--->rasa nak gelak laju2 je....



okeh..untuk syarat2 penyertaan pulak..boley la terjah kat sini ye

Kenapa aku suka senyum???

Mula~mula sekali mesti la aku nak bagitahu jawapan yang selalu dan sangat2 biasa kita semua dengar..senyuman tuekan sedekah...ye tak?? pastu pulak..aku memang suka sengih2 kerang busuk..nak2 kalau dengan geng feluk2 aku..kami suka gelak2...sengal2 sikit...boleh dikatakan sehari tak gelak2..sengih2..senyum2 memang tak lengkap la..kawan2 au pun selalu cakap kalau aku senyap...tak ada gelak2..mesti dia orang akan rasa pelik...setiap manusia ni ada kelemahan dan kekurangan..aku pun macam tue jugak la kan?? terus terang la aku cakap aku tak mampu nak senyum kalau aku lapar (buruk perangai aku kan??) kalau aku lapar aku jadi senyap je...kalau lapar+penat..lagi la muka aku ketat...aku terpaksa berhibernasi dari bercakap2 or senyum2 semasa proses kelaparan itu sedang berlaku..muehehehe...mujur lah orang2 di sekeliling faham je ngan perangai aku yang satu ni..so kalau diaorang nak ajak jalan2 ke, mesti kena bagi aku makan kenyang2 dulu..kalau tak mesti terpaksa pandang muka ketat+kelat+semput aku...lalalalala~
ok...sebab lain aku suka senyum adalah untuk mengekalkan awekkksss awet muda pada wajah..ehem~ehem...supaya maintain muda chantekkk comel gebu lawa n semua la perkataan yang sama erti dengan cantik...aummm~aummm...bila senyum jugak urat2 muka semua dalam keadaan rilekss taw..so tak ada la korang akan nampak segala urat2 hijau merah biru timbul kat muka korang macam aku.hehehehehe~tue jelah aku nak cakap..so lepas korang baca entri ni sila la senyum lebar2..besar2..senyum sorang2 pun tak pe jugak tapi jangan amalkan selalu sebab nanti konpem korang akan tempah wad kelas satu kat hospital bahagia muehehehe~senyum2 selalu dan selamat beramal:)

seterusnya part paling segan nak kena tayang dalam entri ni...hahaha~kepada sesiapa yang baca tue..harap jangan senyum sorang2 la bila tengok gambar yang aku pertaruhkan untuk join kotest ni..hehehehe~tadaaaaaa

marilah sengih2 kodomo lion bersama yaya ye:)

untuk 4 orang yang bertuah tue..aku nak tag:
  1. Bayu Senja (saja nak dera macam dia dera aku hahahaha--->senyum jahat)
  2. Wunny ( geng feluk2 aku)
  3. Wan Hazel (dia ni suka join2 contest)
  4. Eskrimgoreng (haaaa~saja nak tambah hutang tag dia yang dah berjela tue..lalalala)




Kanak-kanak Ribena...Mari belajar ABC


Ok...senaman otak pada hari ini ialah dengan bermain dengan huruf2 ye....nampak je simple..senak jugak otak nak kena fikir...hehehe~ok here we go:)

A
Abu Bakar Atan ( kesian Atan sungguh kejam Abu)

B
Bulat & besar untuk mata saya

C
Cendawan saya tak suka makan

D
Dolly makhluk tuhan kesayangan saya

E
Epul tukang tag saya

F
Fuluss (duit) itu memang penting ($__$)

G
Gigi bongsu saya tumbuh tak habis lagi

H
Hidung saya kemik je

I
Iman budak manja

J
Jantina saya perempuan

K
Kaki saya pendek je

L
Laju2 memang suka sebut

M
Malam ni saya balik rumah mak

N
Nama saya Hidayah bukannya Hadiah

O
Ogos ni saya konvo yea2 (>,<)//

P
Penat fikir untuk jawab tag ni

Q
Que Haidar saya tak berapa minat

R
Rongak untuk Bayu

S
Saya selimss melimss (perasan sendiri jab)

T
Tinggi saya 149 je

U
Umur baru 22 (saya kecik lagi ok??)

V
Viva belum pernah naik lagi (ada sape2 nak tumpangkan x??)

W
Wanita itu adalah saya

X
X-ray tak perlu sebab saya sihat2 je (alhamdulillah)

Y
Yaya budak baik kesayangan ramai orang (iye ke??)

Z
Zoo tempat paling boring kottt???

yang kena tag;
Bayu (hahaha...first time berjaya tag lalalala)
Iman (budak manja yang ada bantal busuk)
Adah (budak yang selalu cakap rindu ngan yaya muehehe)

tag lagi..isk2~

macam biasa la...tag kali ni datang lagi dari pak hincik bayu senja yang memang tak pernah hidup senang dari tak mengetag aku..isk3~--->buruk kan perangai dia??? dengki jew~

Syarat2 nya spt berikut (copy paste jer ahahah) :

It’s harder than it looks…
Copy to your own notes…Erase my answers…
Enter yours and tag twenty (20) people…
Use the first letter of your name to answer each of the following questions…
They have to be real…
Nothing made up…
If the person before u had the same first initial, you must use different answers…
You cannot use any words twice…
and
You can’t use your name for the boy / girl name question…

1. What is your name : Hidayah
2. A four letter word : High
3. A boy’s name : Hanan
4. A girl’s name : Hannah
5. An occupation : Housewife
6. A colour : Hitam
7. Something you wear : High heel
8. A food : Hotdog
9. Something found in the bathroom : Hair Fall Control Syampoo

10. A place : Home
11. A reason for being late : Hurmmm.....i dont know why I'm being late
12. Something u shout : Hoikkkk !!!!
13. A movie title : Halimah Jongang???
14. Something u drink : Horlick
15. A musical group : Handy Black
16. An animal : Horse
17. A street name : Haji Taib
18. A type of car : Honda Jazz

Abes dah jawab, pastuh nk teruskan sesi mengetag nih, jangankan dua puluh..sorang pun aku tak nak tag...muehehehehe~ada rasa dengki x????


Sekian....lalalalalala~

Kontest Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku

9 Mei adalah hari ibu...kamu2 yang kat luar sana da wish belum dekat ibu masing2 Selamat Hari Ibu??hehehehe~yaya sebagai budak yang baik tentu2nya dah telefon mak tadi..
hehehe~gembira dengar suara mak tadi:) tak sabar nak balik rumah esok..hip~hip hooooreayy (>,<)//

ok..sempena hari ibu yang menjelma ni..yaya nak join kontest hari ibu yang dianjurkan oleh kak zai...kontest ni akan berakhir pada 14 mei dan kalau ada sesape nak join sila la terjah sini untuk baca syarat2 penyertaannnya....kontest ni yaya dapat tahu dari blog keyyah yang join jugak kontest ni..tengsss keyyah untuk info kontest ni..sharing is caring *wink3

name kontest ni adalah Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku dan salah satu syarat penyertaan adalah kena upload gambar kita n mak kita..hehehe~setelah penat2 korek gambar dalam my lappy tadi..yaya pilih gambar kat bwah ni untuk join kontest ni..hehehehe:)



dalam gambar ni ada mak..kakakku hajar,yaya n jugak adik perempuan, huda...untuk entri kontest ni pulak dah lame yaya fikir nak tulis ape..yelahhh~peserta2 lain semua kreatif2 belaka tapi yaya pulak kera aktif lalalalalala:) setelah penat2 conteng kat draft ni sekian lama....yaya pun nak tunjukkanlah entri yang yaya dah tulis tuk kontest ni...jangan gelak taw~


Dear Mom,
You are the queen of the family,
There is no love like yours,
You give your best in everything,
You clean, you work, you cook us delicious meals,
But it’s not just that,
You were there when we need you,
You understand every single misery of ours,
You hold us tight when we feel down,
You show us the meaning of love and caring.

For all the thoughtful things you do,
I feel sorry for the burden we put on you,
If I could give you diamonds,
For each tear you cried for me,
If I could give you gold,
For heartache that you have felt,
If I could give you pearls,
For the difficulties you have been through all this life,
You might be the richest woman on earth.

But Mom, I have none of those,
No diamonds, no gold, no pearls,
The only thing that I can promise you,
Is my purest and endless love,
Not to forget my pray,
So please God,
Dry her tears and heal her heart,
Give my mom your blessings,
Provide her with happiness and joy,
Let me hear her laughs and see her beautiful smiles,
Cause YOU know she deserves that.

To you, Mom,
Thanks for all that you have given me,
From I was a baby till turned into a fine young lady,
I will always love you, forever and ever,
Although now we are living apart,
Recalling your love makes me feel glad.
Happy Mother's Day to my dear MAK.

p/s: sayang mak sangat2..wait for me ye:)

Friday, May 7, 2010

shaye chantekkk??

1. buat entry tentang award yg cntik ni
Award chantekk ni tak tahu la dari mana asal usul dia datang..sape tukang rekanya aku pun tak tahu..tak kisah la macam asal usul award ni pun..yang penting kena hargainya..ye dok???
aku pun tak tahu la nak melalut panjang2 pasal award ni..yang penting award ni aku dapat sebagai tanda penghargaan dan ingatan daripada blogger2 lain..muehehehe (~_^)V
(ke aku perasan sendiri je??lalalala..abaikan je....)

2. copy badge 'Beautiful Blogger Award' - selesai sudah

3. ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut - selesai sudah

ni lah senarai2 orang2 yang bertanggungjawab bagi aku award ni:

bayu------> peng "tag" setia yang suka bagi aku hutang banyak2
keyyah ------->misszek kita yang merangkap kawan mawaddah
belalang --------> tak tahu la spesis belalang jenis ape sebab name blog dia suara bawah tanah
mashimaro-----> geng main guli hehehe
eskrimgoreng ------> dia cakap aku budak pramatang...apekah???
princess -------> baru aje bagi award ni tadi..maceh ye=))
en sparkle-----> insan terbaru bagi award ni..

4. senaraikan 15 blogger sebagai penerima award.
~hahaha..part ni macam biasa la kan..aku xmo tag sesape...ada sesape rasa nak marah x??
*hemo~hemo*

Thursday, May 6, 2010

aku suka~aku suka


tadi siang.....
kami jalan2 hari pasal lagi...
minggu ni memang jadual aku penuh ngan aktiviti jalan2 carik pasal...
muehehehehe~


berjalan2 sambil bergambar di sekitar USM terchenta ni memang besh...
n tdi jugak buat pertama kalinya kami masuk Muzium Tunku Fauziah kat USM ni...hahahahaha...da last2 ni baru nak masuk...
kami memang student yang baik kan???lalalalalalala~


lepas da puas jejalan sekitar USM...
kami serombongan meminang mak Kiah pergi lunch kat Mc'D
sangat kenyang sampai tak mampu nak abeskan french fries...
last2 si geng feluk2 aku bagi suggestion suruh nyanyi sambil rotate french fries tue..
kalau dah habis nyanyi sape yang terkena te kena makan french fries tue...
uhuksss...
macam2 lagu rakyat ngan lagu zaman kanak2 kami nyanyi...
sangat happening hari ini...
aku suka~aku suka!!!!
n petang tadi jugak geng feluk2 aku dah diambil alih oleh mak ayah dia...

aku sedey jugak la da tak dapat jumpa lagi geng feluk2...


sob2...ape2 pun hari ni sangat beshhhh la=))

bukan lembu koban ye..

okey......aku dapat makhluk tuham paling seksi ni dari cik bayu rongak...

dia tue memang...suka bebenor tag2 aku ni haa....

saje je nak tambah kerja sekolah aku...huhhhh

dengki aje...tak buley nampak aku bersenang lenang sikit...

Syarat-syarat sebelum terima wasiat ni..:

1. Thank & link the person that gave you the cow

#done

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

aku ni suka langgar pantang larang masa jawab tag..nasib la ye n ayat kat bawah ni pun aku copy paste dari blog cik bayu....saje nak cukupkan syarat menjawab..lalalaalalala


#Sesapa yang teraktif #Sesapa yang tak aktif

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.

#Sudah jugak (aku cakap kat diri sendiri je)

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv.

#berkelip2 mata
#men"nganga"kan mulut
#mengembang kempiskan lubang idun kemik aku

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

tak pernah lagi makan pelik2 setakat ni..

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK.

#lagi 25orang nak sampai 600--->sila kira sendiri ye..kalkulator aku masuk air...

7. Feveret soalan ni…..camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe…kat mana???

#soalan sensitiviti kaum nih...tak nak jawab

selesai sudah...hooooyeahhh2~

kembali senyum=))

*exam termo
*edit + jilid tesis
*pos barang balik rumah
*sesi jalan2 yang berfaedah
*paperwork kompos

finally...hip~hip hoooreay (>,<)//
segala minggu yang ketat+sempit+kelat sudah berlalu pergi...
n aku "never say good bye2" kat minggu yang dah buat emosi aku terganggu...
saje je..nasib baik tak kena sakit darah tinggi...
huhhhh....

disebabkan kesibukan melampau dan terlampau...
masa aku nak update blog ngan blogwalking jugak semakin kureng....
kadang2 tak buka langsung.... (sedey tak cerita aku??)
last week..banyak benda aku dah buat...
pergi majlis kahwin lecturer...
pastu round2 island penang sambil pakai pakai baju kurung
pada hari yang bukan jumaat bersama kosmate lain...
pastu pulak....
menghabiskan masa hujung minggu dengan berjalan2 sampai lebam...
tapi aku seronok la dapat menghabiskan masa remaja aku
dengan geng feluk2 aku n 2 orang pelencong setia kami...:)


semalam exam termo....
dewan exam sejuk gila...(kesian aku yang banyak tulang ni)
paper termo tadi buat muka aku ketat jugak sikit...
tapi aku redah aje...n kuar exam dngan senyuman kodomo lion....
bukan senyuman biawak komodo ye cik bayu muncit...

balik pulak duk kemas baang tuk pos...
maklumlah barang2 aku kan banyak....
mak cakap kalau nak datang amek kena sewa lori trailer...
muehehehe~penat la jugak memungah barang ke kafe hostel...terkeluar semua urat hijau biru merah aku...isk3~

semalam jugak...
tido tanpa ditemani spongebob n pendekar penyu....
sunyi malam2 aku tanpa diaorang bila mereka terpaksa
jugak aku poskan walaupn dengan hati yang lara...masa nak tutup kotak tue aku da pesan kat spongebob ngan pendekar penyu supaya jangan gaduh2...

nanti kami akan bertemu kat rumah pulak

tetiba aje air mata aku meleleh (aku tipu je) masa taip entri ni
mengenangkan nasib spongebob ngan pendekar penyu
yang terpaksa bersesak2 dalam kotak tue (T__T)

hari ini jugak ada sesi photoshoot...
mau menghabiskan masa di sekitar usm sebelum say bye2...
9hb ni baru dapat balik umah...
aishhhhhh~lambat betul la... (T__T)

Saturday, May 1, 2010

bahagia hanya seketika (T__T)

viva fyp dah lepas-----> muka gembira ^__^
da nak balik umah-----> muka bahagia (~_^)
exam satu paper lagi-----> muka separuh ketat (0__^)
kena edit tesis balik------>memang muka ketat abessss (T__T)

uwawawawawa------> nangis laju2 (@___#)
ngaaaaaaaaaa~menci2..
semalam jumpa lecturer...
lame taw...
nak ambik tesis sebelum nak buat hard cover...
pergi ngan senyuman...
balik ngan muka ketat+kelat+sempit (T___T)
nape kena tambah lagi discussion tue...kena kena tambah lagi...????
tak cukup lagi ke ngan ayat~ayat cinta berjela2 yang aku main taip2 dalam tesis tue????
tak cukup lagi ke dengan graf2 palang2, titik bulat2 yang aku lukis tue????
tak cukup lagi ke dengan jadual2 cantek2 yang aku buat macam jadual bertugas masa skolah2 dulu????
tak cukup lagi ke ngan penderitaan aku yang terpaksa mengorbankan masa tido sampaikan mata pun macam mata panda????
tak cukup lagi ke aku makin selim melim sebab terpaksa ke sana ke mari sebab fyp ni????
uwawawawawawawa....
tak puas hati tapi apekan daya (aku hanya insan yang lemah) sob3...
malang nasib aku...
baru nak bersenang lenang sikit...
rasa macam baru semalam aje gelak2 viva dah abess..
tapi hari???
memang....bahagia hanya seketika...
pedih hulu hati ngan nasib malang ni (memang nak kena mandi bunga)
aishhhhh~terasa bahang stresss....
paperwork kompos tuk homestay belum siap lagi....
adoiiii~i hate final year!!!
huhhhhh~!!!!! (muncung panjang...)


notakaki: entri ni tak ada gambar...muka sangat ketat+sempit+kelat sampai tak boleh diupload...
sekian...