Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Sunday, April 25, 2010

Can mali can

Kisah terjadi ini terjadi masa aku kecik~kecik dulu. masa tue umur aku 7~8 tahun kot. Arwah tokki ada bela kambing yang banyak. Aku dengan sepupu~sepupu semua suka "membuli" anak~anak kambing ni. Pantang aje anak anak kambing baru lahir mesti semua berebut2 nak bagi anak kambing minum susu dalam botol. Tak pun kami main kejar~kejar anak kambing ni sampai diaorang tak cukup tanah nak lari sambil mengembek2 panggil mak dia dia. ~muehehehehehe~ tak pun kami pakat duk tarik2 ekor, tak pun telinga dia (gila kejam kan??) sampaikan arwah tokki terpaksa kunci kandang kambing time kami balik bercuti kat kampung sebab tak mau kami duk lenjan kambimg2 tue sampai lemau ~muehehehe~ tapi kami semua mana reti duk diam..tak dapat masuk kandang ikut pintu kami panjat pagar dia ~hehehe~ pastu ada la satu hari tue..sepupu aku aku la main duk tunggang2 anak kambing yang masa tue baru remaja. Aku pun try jugak "test drive" kat anak kambing remaja tue. Kalau dia tak jalan kami pukul2 ngan daun. Bila dah seround dua bawak kami yang berat ni, anak kambing remaja tue macam penat aje. Masa tue dah nak maghrib. Kami pun balik la rumah. Esoknya arwah tokki cakap anak kambing tue sakit. Tak mau makan minum. *aku rasa anak kambing tue sakit urat sebab kami panjat badan dia hehehe* Kami sepupu sepapat semua pergi la melawat anak kambing tue kat kandang. Kami sua2 dia makan, air. Tapi dia tak nak jugak. Aku dah le tak jenis tak sabar. Aku jadi geram ngan anak kambing yang degil tak nak makan tue. aku pun amek kayu n jolok2 dia. Dia pun duk "mmmbekk~mmmbekkk" panggil mak dia. Dari jauh aku nampak mak dia pandang aku yang duk jolok2 anak dia. ~hahahaha~ aku hanya mampu tersenyum megah sebab mak dia tak dapat marah aku jolok2 anak dia ~lalalalala~ Disebabkan anak kambing ni sakit, arwah tokki asing anak kambing tue kat kandang kosong. yelah..mana taw diaorang gaduh2 ke..sondol menyondol ke..naya aje..~isk3~

Lepas tue kami semua sepupu sepapat main kejar~kejar..sambil duk nyanyi2 lagu "di mana anak kambing saya" (aku tak taw la tajuk lagu ni..kecik2 dulu selalu la nyanyi2) sampai la maghrib. Dah penat main kejar~kejar, kami semua balik rumah. Disebabkan tersangat penat main kejar~kejar tadi, aku tertido la sambil duk tunggu turn nak mandi. Maklumlah bilik mandi satu aje, time cuti sekolah mesti umah Arwah tokki penuh ngan cucu, sampai nak mandi pun kne Q ~muehehehe~

Tetengah tido tue kan, aku termimpi la. Aku duk sorang2 kat umah arwah tokki yang besar tue. semua orang tak ada kat dalam umah. umah tue gelap gelita n sunyi. aku macam terdengar suara mak aku n sedara2 yang lain tengah bersukaria+ bercakap2 kat luar umah. aku pun pergi la nak join diaorang. tetengah aku carik pintu tetiba aje aku dengar bunyi pelik. Bulu roma berdiri tegak,bunyi itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejar aku. Dengan secepat kilat aku... tapi.... tiada orang kat belakang. aku pun jalan lagi tapi bunyi tapak kaki tue ada lagi. Bunyi nya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk.....begitulah lebih kurang bunyinya... macam kuda. Satu gugusan angin (erkkk~betul x penjodoh bilangan yang aku guna ni??) tiba-tiba menerpa menghembus ke muka.... bunyi tapak kaki semakin kuat...... aku pun buat2 la berani dan toleh sekali lagi. Memang aku terkejut gila2 la bila sejenis makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arah aku. Kelihatan darah menitis -nitis dari mulut makhluk tuhan paling seksi tue, matanya merah menyala. Rupanya amat menyeramkan. aku sangat takut sampai tak leh nak gerak, nak menjerit pun tak mampu jugak.
Makhluk tuhan paling seksi itu datang kat aku... setapak demi setapak dia melangkah... terdengar bunyi nafas makhluk tue yg sungguh menggerunkan.aku dah tak dapat nak buka mulut,rasa nak nangis aje mulutnya seakan-akan dikunci, berpeluh2 aku bila aku tengok mulut banda alah tue ada taring n macam nak baham aku. Makhluk itu semakin dekat hingga mukanya bertentangan dgn muka aku. Dengan satu pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,

DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.... ANAK
KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN PALAS..... DIMANA DIA BUAH HATI SAYA.... BUAH HATI
SAYA BAGAI TELOR DIKUPAS.........

ooohhhhhhHHHHH.. CHAN MALI
CHAN!" "Oi!
Oi!" (ader suara background lagik)
"CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi
"CHAN MALI CHAN KETIPONNNNGGGGPAYONGGGGG...
oooOOOOHHHH"
Everybody!... let's sing together!!!!!! CHAN MALI CHAN
OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI
CHAN KETIPONGGGGG PAYONG.....

ngaaaaaaaa~aku jerit kuat bila darah dari mulut makhluk tuhan paling seksi tue terpercik kat aku masa dia duk nyanyi2 tue. time tue jugak aku rasa muka aku sejuk2 aje. rupa~rupanya mak aku dah percik2 air kat muka aku. aku nampak jugak sepupu~sepapat aku semua duk tengok2 aku. mak cakap aku ngigau. macam duk nyanyi2 tapi tak jelas sebutnya. *~omaigod~omaigod* =,=!! erkkk..malu betul bila sepupu2 duk perli2 aku yang macam terbuang tebiat. nasib baik la masa tue aku kecik ag.. kalau dah besar2 macam gini mgaya maunya 40 hari 40 malam aku tak kuar mandi..~hahahaha~last2 aku pun jadi macam kambing..~lalalalalala~

konklusinya...tak baik ye kawan2 tido maghrib2 ni..banyak setan..~isk3~ *geleng kepala laju2* lagi satu..kalau ada binatang belaan tue,jangan la korang duk buli2 dia pulak..kesian dia.lepas dari mimpi tue aku da insaf, xde dah buli2 mana2 anak kambing. anak kambing yang sakit tue pun da sihat balik lepas tue..bagus2~xde la aku bergelar pembunuh kan3??~
ni haa aku saje tepekkan gambar masa aku kecik n jugak gambar sepupu2 aku. kalau korang hebat teka la aku yang mana satu..hehehehehe (~_^)V

8 comments:

BayuSenja said...

urgh..x dinafikan sifat kejam yang diterap dari kecik masih ada smpi skang gagagga...nakal bebenor kome ek buli anak kambeng...isk...sian kambing2 kat kmpung time tuh..bila tgk kalendar dekat time cuti msti dorang suma dalam ketakutan....pe2 pon bayu rase kamoo adalah budak yg nombor 3 dari kanan pada kedudukan anak tangga ke 3

Eqah Zaque Billetdoux said...

itu namanya pengajaran melalui mimpi. :)

pRouD2byAyA♥♥♥ said...

bayu senja: muehehehehe~eh skrg yaya d jdi bdak baek la..uhukss~eh..bayu yakin ke tue yaya?iye2 aje:)

Eqah Zaque Billetdoux: hahaha~itu la..skrg da taubat ye..hehehe

Aidi-Safuan said...

pergh...panjang gler karangan "suatu masa dahulu" nih. nih baru kisah pasal can mali can nih. belom citer bapaku pulang naik kereta, katak oh katak, anak itik tok wi dan lain-lain nih. :p

aien comel said...

nak kata seram mcm tak..lawak seram..kambing nyanyi lagu can mali can...hahahaha...

SheY PuLL said...

gmah leh ajdik kanak2 rabina blk la..:)

BayuSenja said...

yakin la tu yaya..psal de bau kambeng sket2

pRouD2byAyA♥♥♥ said...

aidi-safuan: hahaha~anda mampu buat tak macam yaya buat??jom la kita pakat2 buat karangan brdasarkn lagu zaman kecik2...:P

aien comel: mmg lawak seram pun akak..uhukss..smpi sekrng ingt woo~insap2:P

shey pull: gmah mn plak terselit kat sini epulll oii?

bayu senja: erkkk~tajmnya idun kamu bayu..gambo da berbelas tahun pn kamu still leh bau kmbing ag ea??hebat la:P